Terma Program Affiliate
Kemas kini terakhir: Julai 2026
1. Kelayakan & Kelulusan
Permohonan menjadi affiliate tertakluk kepada kelulusan admin. Kelulusan tidak automatik. Kami berhak menerima atau menolak sebarang permohonan mengikut budi bicara.
2. Pautan & Kupon Affiliate
Anda akan diberikan pautan referral dan/atau kupon unik. Komisen dikaitkan berdasarkan model attribution semasa (last valid click, atau kupon affiliate). Tempoh cookie ialah 30 hari.
3. Komisen
Kadar komisen lalai ialah 20% daripada nilai produk yang layak (selepas diskaun, tidak termasuk cukai, caj atau fi gateway). Komisen hanya diberikan untuk pesanan yang dibayar dan disahkan. Produk percuma, pesanan gagal, dibatalkan atau direfund tidak layak.
4. Tempoh Menunggu (Holding) & Pembayaran
Komisen melalui tempoh menunggu 5 hari sebelum menjadi boleh dibayar (bagi mengambil kira refund/pertikaian). Bayaran minimum ialah RM30.00. Pembayaran dibuat melalui pindahan bank tempatan selepas permohonan pengeluaran diluluskan.
5. Larangan
Anda TIDAK dibenarkan: spam mesej; membuat dakwaan palsu atau mengelirukan; menyamar sebagai Cikgu Nunnie; mencipta laman yang kelihatan seperti laman rasmi; menggunakan nama/logo/jenama tanpa kebenaran; membida kata kunci jenama tanpa kebenaran; membeli menggunakan pautan sendiri (self-referral); berkongsi atau menjual semula fail produk digital berbayar secara percuma; mempromosi di laman haram atau tidak sesuai.
6. Self-Referral & Penipuan
Pembelian menggunakan pautan sendiri, identiti pendua, atau corak mencurigakan akan ditandakan dan boleh menyebabkan komisen ditolak serta akaun digantung. Kami menjalankan semakan manual sebelum sebarang tindakan.
7. Refund & Pembalikan
Jika pesanan direfund atau dibatalkan, komisen berkaitan akan dibalikkan (reversed). Jika komisen telah dibayar, jumlah itu akan ditolak daripada baki masa depan.
8. Penggantungan & Penamatan
Kami berhak menggantung atau menamatkan akaun affiliate yang melanggar terma. Affiliate yang digantung masih boleh melihat sejarah lama tetapi tidak boleh menjana referral atau payout baharu.
9. Perlindungan Data & Privasi
Affiliate tidak boleh mengakses maklumat peribadi pelanggan (nama penuh, e-mel, telefon, alamat). Hanya data ringkas untuk tujuan laporan komisen dipaparkan. Rujuk Dasar Privasi.
10. Cukai & Hubungan
Affiliate bertanggungjawab ke atas cukai pendapatan masing-masing. Program ini tidak mewujudkan hubungan pekerjaan, dan tiada jaminan pendapatan diberikan.
11. Perubahan Program
Kami berhak mengubah kadar komisen, terma atau menamatkan program pada bila-bila masa. Perubahan tidak akan menjejaskan komisen pesanan yang telah pun direkodkan.